Stevia Sweetener

Stevia Sweetener

Thursday, March 5, 2015

SIKAP ORANG MALAYSIA INI,PENUH DENGAN KEALPAAN!
DIANTARA TAHUN 2006-2011 MENINGKAT KES KENCING MANIS SETINGGI 31%! 


Lapuran pada akhbar tempatan pada gambar yang tertera adalah angka penghidap kencing manis di Kelantan sahaja. Apakah jumlah angka bagi seluruh Malaysia?

Sila baca petikan lapuran dalam Akhbar Berita Harian pada 23-6-2012. Ingat, kini kita sudah menjejaki tahun 2015 dan jumlah penghidap kencing manis diseluruh negara, sudah menjangkau angka 5,700,000!

KUALA LUMPUR: Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Maksudnya pada tahun 2011 sahaja telah dikesan 2.6 juta orang menghidapi kencing manis!

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata keputusan kaji selidik NHMS itu MEMBIMBANGKAN dan memerlukan perhatian semua pihak untuk MENCEGAHNYA.
Beliau berkata jumlah itu masih TINGGI walaupun Kementerian Kesihatan melakukan pelbagai usaha menanganinya sejak beberapa tahun lalu.

“Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia MENINGKAT 31% dalam 5 tahun berbanding peningkatan 11.6% pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan ‘Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik’ di sini, semalam.
(ADMIN FANPAGE INI: Hah,sendiri mau ingatlah,peningkatan begitu tinggi 31%!)

Katanya, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan,genetik,gaya hidup dan DIET tidak sihat,meminum alkohol,merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman,pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perawatan Luka Peringkat Asia Pasifik 2012, berkata menjelang Januari tahun depan,hampir 130 hospital pakar dan bukan pakar di seluruh negara akan mempunyai Jawatankuasa Penjagaan Luka memandangkan peningkatan pesakit kencing manis dalam negara ini.

Katanya,ada lebih 5.6 juta pesakit KENCING MANIS dalam negara ini dan 25 peratus dari jumlah itu mengalami komplikasi kaki yang serius dan memerlukan penjagaan luka yang betul.
Beliau berkata penjagaan luka yang baik dalam kalangan pesakit diabetes mengurangkan risiko amputasi kaki.


MASIH MAU GUNA GULA KE? DEGIL LAGI?

TERUSKAN KALAU TIDAK TAKUT DENGAN GEJALA PENYAKIT KENCING MANIS YA!

No comments:

Post a Comment