Stevia Sweetener
Sunday, March 8, 2015
STEVIA REBAUDIANA
Stevia adalah genus yang terdiri dari 150 spesies pokok herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah dari spesis Stevia Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweet leaf, sugar leaf ataupun sweet herb. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" sebab kemanisannya. Daunnya berbentuk bujur, manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi 1 meter, manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster. Cuma saiznya lebih kecil. Stevia menghasilkan biji benih apabila menjadi matang. Pokok ini boleh juga membiak melalui biji benih, namun kadar percambahannya adalah amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan kaedah ini. Maka, pembiakkan selalunya dilakukan dengan menggunakan keratan batang yang boleh mengeluarkan akar. Ia dikategorikan sebagai pokok renek yang sesuai untuk menjadi penghias penutup bumi untuk landskap, seindah namanya.
Konsep Edible Garden atau Taman Ramuan menitikberatkan setiap pokok yang ditanam, boleh dijadikan sebagai makanan, ubatan herba, selain menghias laman atau landskap. Untuk itu, beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dikategorikan sebagai tanaman herba yang boleh dijadikan untuk hiasan menarik dalam Taman Ramuan dilaman kita, misalnya. Salah satu tanaman yang semakin mendapat perhatian, sudah pastinya spesies jenis Stevia Rebaudiana kerana khasiat kemanisan sihat yang dihasilkan oleh daunnya boleh menggantikan gula pasir yang terbukti memudaratkan kesihatan.
Stevia berasal dari kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ada yang mengatakan ia berasal dari Paraguay. Kini pokok stevia ditanam secara meluas di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina, Hawaii dan banyak negara lain diatas permintaan tinggi bagi menggantikan gula pasir daripada tebu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment