Stevia Sweetener

Stevia Sweetener

Tuesday, March 10, 2015


                                 KEBAIKAN EKSTRAK DAUN STEVIA REBAUDIANA

Selain untuk kegunaan landskap, Stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis sihat alternatif sebagai pengganti kepada gula pasir dan pemanis kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Saya akan paparkan artikel lengkap tentang bahaya gula pasir dan pemanis kimia kemudian nanti. Sebenarnya Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh penduduk di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay, sejak 1500 tahun yang lalu sebagai pemanis untuk teh herba pahit, minuman dan makanan mereka. Kaum tersebut juga telah menggunakan Stevia sebagai penawar, terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Di Eropah, kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudiannya dibawa ke Asia. Kajian saintifik mengenai tumbuh-tumbuhan ini telah dimulakan pada awal kurun ke-19 oleh pengkaji di Brazil yang mendengar sehelai daun Stevia mampu memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pakar botani Paraguay, Moises S. Bertoni telah banyak menulis tentang tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, banyak kajian telah dilakukan terhadap kebaikan daun Stevia kepada manusia.

Di Jepun sejak tahun 1971, Stevia telah mula mendapat perhatian. Kini dalam 50% lebih penduduk Jepun mengunakan pemanis Stevia dalam diet harian mereka. Berjuta-juta orang di Jepun dan termasuk Brazil menggunakan Stevia sebagai penambah perisa makanan dan pemanis sihat semulajadi, malah menjadi perisa makanan yang diluluskan sejak 30 tahun yang lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar Stevia. Mereka menggunakannya untuk memaniskan hampir semua produk makanan dan minuman, termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.  Saya pernah mendengar cerita, untuk membeli gula pasir dalam bungkusan berkilo di Jepun adalah sukar! Sayangnya, segelintir penduduk di Malaysia sejak kebelakangan ini, baru mengetahui tentang Stevia dan masih ramai lagi tidak mengenali Stevia. Apatah lagi tentang kebaikannya sebagai pemanis alternatif kepada gula pasir. 

Uniknya, Stevia adalah pemanis semulajadi yang mengandungi kandungan kalori yang terlalu rendah sehingga boleh dilabelkan mengandungi kosong kalori dan 150 hingga 450 kali lebih manis daripada gula pasir. Yang memaniskan secara semulajadi daun Stevia adalah Steviol Glycosides. Bukannya gabungan glukosa dan fruktosa seperti yang terkandung didalam gula pasir yang secara langsung menjadikannya berkalori. Jadi Stevia pastinya bertentangan dengan gula pasir yang berkalori lalu menyebabkan masalah obesiti yang kronik bila diambil secara berlebihan. Di rantau Asia Pasifik, mengikut perkiraan keperatusan penduduk, Malaysia terletak sebagai pengguna utama gula pasir. Ini menerangkan dengan jelas, status Malaysia sebagai NEGERA PALING GEMUK di rantau Asia Tenggara. Sila lihat keratan suratkhabar yang akan saya paparkan pada masa akan datang nanti mengenai isu ini.

Hasil dari kajian para saintis merumuskan bahawa Steviol Glycosides ini tidak menghasilkan glukosa, bermakna ianya amat baik bagi penghidap penyakit kencing manis. Bukan setakat itu sahaja, ianya amat digalakkan untuk diamalkan sebagai pemanis sihat alternatif kepada gula bagi bayi yang sudah mula beralih dari susu kepada makanan separa pejal iaitu "baby weaning". Ini biasanya bermula pada usia bayi 6 bulan dan keatas. Ingat, pemakanan sihat wajar dimulakan sejak bayi lagi. Kita bertanggungjawap terhadap pembentukan kesihatan sihat bagi zuriat yang dilahirkan ke dunia ini.

Beberapa perkara penting tentang Stevia atau rumusan yang perlu diketahui oleh anda.
1) STEVIA ADALAH PEMANIS SEMULAJADI SIHAT SEBAGAI PENGGANTI KEPADA GULA PASIR DAN PEMANIS KIMIA.
2) Stevia bukan ubat dan tidak dikategorikan sebagai ubat oleh KKM.
3) Stevia bukan supplement atau pemakanan tambahan.
4) Stevia bukan ubat yang menyembuhkan semua jenis penyakit.
5) Stevia mengandungi nilai karbohidrat yang amat rendah sehingga boleh dilabelkan sebagai kosong/zero kalori.
6) Stevia adalah 150-450 kali lebih manis dari gula pasir.
7) Bahan aktif semulajadi yang bertanggungjawap keatas rasa manis pada daun Stevia adalah Steviol Glycosides (nama saintifik).
8) Stevia (Steviol Glycosides) dimetabolismakan didalam usus dan disingkirkan melalui najis dan air kencing. Glukosa dan fruktosa yang terkandung didalam gula pasir pula akan dimetabolismakan didalam perut lalu secara langsung akan mempengaruhi kandungan gula didalam darah kita.

Fakta-fakta mustahak seterusanya tentang Stevia
1) Pemanis ekstrak daun Stevia stabil pada suhu tinggi sehingga 200 darjah Celsius. Jadi boleh digunakan untuk pelbagai masakan.
2) Memiliki nilai PH yang stabil
3) Tidak merangsangkan tindakbalas glisemik. Sangat sesuai bagi mereka yang berpenyakit kencing manis, menghadkan pengambilan bahan berkarbohidrat atau yang ingin berusaha untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kencing manis.
4) Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi.
5) Non-toxic iaitu tidak bertoksik, non-mutagenic iaitu tidak bermutasi, non-carcinogenic iaitu tidak boleh menyebabkan kanser. Keseluruhannya Stevia ini tidak merbahaya melalui bukti kajian saintifik. Jadi mana yang terbaik? Stevia atau gula pasir?
5) Stevia mempunyai terapeutik perubatan.
6) Anti-hyperglisemik - boleh menurunkan paras gula didalam darah.
7) Anti-hypertensive - boleh menurunkan tekanan darah.
8) Anti-inflammatory - boleh menurunkan kesan radang.
9) Anti-tumor - kesan anti-oksidan.
10) Anti-diarrheal - merawat cirit-birit.
11) Diuretic- Mengawal kandungan air didalam badan
12) IMMUNOMODULATARY EFFECT- MENINGKATKAN SISTEM IMUN TERHADAP KUMAN

Stevia adalah pemanis sihat semulajadi alternatif kepada gula pasir dan pemanis kimia yang berada didalam pasaran. JANGAN ANGGAP STEVIA SEBAGAI UBAT. Bila kita anggap Stevia sebagai ubat, majoriti masyarakat akan jadi fobia. Ianya adalah pengganti kepada gula pasir yang sedia ada. APABILA DIAMALKAN, MASYARAKAT AKAN ALAMI SENDIRI MANFAAT PENAWAR YANG TERSEDIA ADA SECARA SEMULAJADI PADA DAUN STEVIA INI.

Stevia adalah satu-satunya pemanis yang menyihatkan yang diwujudkan oleh Tuhan didunia ini dan saya yakin tidak akan ada penggantinya yang lain. Ianya boleh mengurangkan dan meminimakan risiko pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pemakanan, terutamanya pengambilan gula pasir. Selagi kita ingin menikmati kemanisan didalam makanan dan minuman seharian kita dengan selamat, lebih-lebih lagi tanpa rasa risau tentang status paras gula didalam darah kita, Stevia adalah jawapannya!

SEBAHAGIAN BESAR ISI KANDUNGAN DIDALAM ARTIKEL INI, SAYA TELAH ADAPTASIKAN DARI PENCERAHAN DOKTOR MOHD FARID BIN ALIAS

Sunday, March 8, 2015


                                                         STEVIA REBAUDIANA

Stevia adalah genus yang terdiri dari 150 spesies pokok herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah dari spesis Stevia Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweet leaf, sugar leaf ataupun sweet herb. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" sebab kemanisannya. Daunnya berbentuk bujur, manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi 1 meter, manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster. Cuma saiznya lebih kecil. Stevia menghasilkan biji benih apabila menjadi matang. Pokok ini boleh juga membiak melalui biji benih, namun kadar percambahannya adalah amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan kaedah ini. Maka, pembiakkan selalunya dilakukan dengan menggunakan keratan batang yang boleh mengeluarkan akar. Ia dikategorikan sebagai pokok renek yang sesuai untuk menjadi penghias penutup bumi untuk landskap, seindah namanya.

Konsep Edible Garden atau Taman Ramuan menitikberatkan setiap pokok yang ditanam, boleh dijadikan sebagai makanan, ubatan herba, selain menghias laman atau landskap. Untuk itu, beberapa spesies tumbuh-tumbuhan dikategorikan sebagai tanaman herba yang boleh dijadikan untuk hiasan menarik dalam Taman Ramuan dilaman kita, misalnya. Salah satu tanaman yang semakin mendapat perhatian, sudah pastinya spesies jenis Stevia Rebaudiana kerana khasiat kemanisan sihat yang dihasilkan oleh daunnya boleh menggantikan gula pasir yang terbukti memudaratkan kesihatan.

Stevia berasal dari kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ada yang mengatakan ia berasal dari Paraguay. Kini pokok stevia ditanam secara meluas di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina, Hawaii dan banyak negara lain diatas permintaan tinggi bagi menggantikan gula pasir daripada tebu.


                      Bob Solomon
                                
                      Whatsapp   018-9197199
                      Call/sms     018-9197199/017-9917778
                      Email          bobsolomon11@gmail.com
                      Facebook    https://www.facebook.com/drplsupergel2
                      
                            

Saturday, March 7, 2015


                                                      SALAM SATU MALAYSIA

                                                   ONE MALAYSIA GREETINGS
Kalau anda terlepas pandang masalah kesihatan yang lain tetapi sekurang-kurangnya perhatikan COLON & PANCREATIC CANCER. Gula dikesan antara penyebab kanser usus dan pankreas. Jadi masih hendak teruskan mengambil risiko dengan menggunakan gula pasir atau berubah kepada gula sihat stevia?

Friday, March 6, 2015

Saya minta maaflah kalau imej ini membuatkan anda terasa geli, jijik, takut dan rasa terganggu. Ini adalah hakikat komplikasi kencing manis yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika paras gula didalam darah tidak terkawal.

Anda mungkin kata, "kaki saya ok aje!" tetapi jangan terjerat dengan kealpaan anda. Luka kencing manis boleh menular ketahap kronik dalam masa beberapa hari dari punca luka sekecil tanda noktah. Saya telah melihatnya sendiri melalui arwah bapa mertua saya dulu.

Dalam masa 3 minggu kaki arwah terpaksa dipotong sampai keparas bahagian atas lutut disebabkan oleh luka yang telah merebak jauh kedalam. Malangnya pada waktu itu, saya tidak mengenali stevia.

Saya tidak menafikan bahawa, tujuan saya muat naik artikel ini adalah untuk mempromosikan produk Stevia Sweetener. Niat saya juga ingin menyedarkan anda semua tentang bahayanya pengambilan gula pasir, lebih-lebih lagi tanpa pengawalan. Berapa ramai orang mampu mematuhi saranan WHO dan KKM supaya tidak mengambil lebih dari 10 sudu teh gula dalam sehari? Ingat, ini termasuk "gula" yang terhasil dari bahan makanan berkarbohidrat yang kita makan.

Sediakan payung sebelum hujan, beringat sebelum terkena!


Di luar negara syarikat gergasi Coca-Cola dan Pepsi telah mengeluarkan tin berwarna hijau dipasaran. Kenapa produk mereka ini, tin diwarnakan hijau? Saya yakin anda semua bijak mengetahui jawapannya.

Kita di Malaysia, malangnya alpa tentang bahaya gula pasir tetapi di luar negara, kepekaan kepada kesan merbahaya gula semakin meningkat sehingga mereka mula "boikot" produk yang mengandungi gula tinggi/gula. Dsini masih berterabur tin minuman yang dicampurkan dengan gula pasir. Malangnya, kita pula tidak pandai "memboikot". Tahukah anda didalam 1 tin minuman berkarbonat ini, mengandungi diantara 9-12 sudu teh gula?

Apakah tindakan syarikat gergasi ini untuk mengaut semula pelanggan-pelanggan mereka? Dicipta formula dengan menggunakan pemanis berasaskan ekstrak daun stevia. Kenapa ekstrak daun stevia? Terbukti secara saintifik bahawa, stevia memiliki hampir kepada 0 kalori lalu tidak akan menyumbang kepada obesiti. Bahan aktif semulajadi Steviol Glycosides didalam daun stevia, tidak akan mempengaruhi paras gula didalam darah kita. Inilah dinamakan sebagai gula sihat.

Rumusan, kesan stevia adalah bertentangan dengan kesan negatif gula pasir!